gambar hiasan
Menjelang hari raye haji, ramai tengah mencongak utk melalukan ibadat qurban.
kelaziman, masjid atau surau akan mengumumkan kpd ahli kariahnye sape2 yg ingin melakukan ibdah qurban ni. care nye adalah dengan mempelawa seekor lembu di bahagi kepade 7 bahagian dan selalu nye harga sebahagian adalah dr rm 350 - rm 400, bergantung kpd saiz dan program khariah tersebut.
namun ade juge yg mengambil kesempatan utk membuat aqiqah bagi anak2 mereka sbb nye membuat aqiqah semasa hari raye qurban ni mudah dan menjimatkan.
sbb bg anak perempuan, kite hanya perlu mengeluarkan belanja utk satu bahagian binatang qurban manakala yg uruskan kan masakan adalah pihak masjid atau surau ..
bagi anak lelaki pula yg aqiqahnye perlu 2 ekor kambing atau 2/7 dari bahagian binatang qurban tu blh di buat secare ansur ansur, maksudnye, thn ni kite buat 1 bahagian manakala thn depan kite buat satu lg. tp care ni hanya yg kurang mampu.
yg mampu blh la buat 2 bahagian sekali ...
di bawah aby sertakan artikel berkenaan ibadat aqiqah,
semoga ada di antara kite ingin melakukan mendapat gambaran yg lebih jelas tentang aqiqah ni....
Menurut bahasa, AQIQAH ialah binatang yang disembelih sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas kurnia-Nya memberi zuriat, tetapi yang lazim diertikan oleh ramai; aqiqah ialah ibadat menyembelih binatang (biasanya kambing) sebagai tanda kesyukuran kerana beroleh zuriat itu.
Rasulullah saw telah menyembelih dua ekor kambing bagi tiap seorang dari cucunya iaitu Saiyidina Hassan dan Hussain - pada hari ketujuh cucu-cucunya itu dilahirkan; mereka itu telah lahir kira-kira dalam tahun 3 Hijrah.
Adalah sunnat hukumnya: mencukur rambut bayi (samada lelaki atau perempuan) pada hari ketujuh bayi itu dilahirkan; sunnat pula bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu bersedekah dengan emas atau perak sebanyak yang sama berat dengan rambut bayi itu, atau dengan wang yang senilai dengan emas/perak yang seberat rambut bayi itu.
Adalah sunnat juga bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu mengaqiqahkan anak/cucunya itu dengan dengan menyembelih 2 ekor kambing jika anak lelaki dan seekor kambing jika anak perempuan. Sunnat bagi bapa atau datuk yang menafkahi bayi itu mengaqiqahkan anak/cucunya ketika bayi itu, berumur antara antara 7 hingga 40 hari, iaitu kira-kira darah nifas ibunya belum kering. Ada juga kaul yang mengatakan aqiqah boleh dilakukan selagi anak itu belum baligh.
Sebahagian ulama berpendapat bahwa apabila anak itu sudah baligh maka tidaklah sunnat lagi bapa atau datuk yang menafkahi anak itu melakukan amalan aqiqah itu.
Cara melakukan ibadat aqiqah itu samalah seperti melakukan ibadat qurban. Bezanya ialah bahawa qurban itu dilakukan pada hariraya Aidiladha atau/dan tiga hari tasyrik, manakala aqiqah boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Binatang yang dijadikan aqiqah/qurban ialah kambing, unta atau lembu yang sihat, berumur antara 2 hingga 3 tahun, tidak cacat; Tidak sah binatang yang tempang, buta atau sakit dijadikan aqiqah/qurban. Aqiqah/qurban dengan kambing ialah aqiqah/qurban bersendirian, tetapi lembu atau unta boleh dijadikan aqiqah/qurban berkongsi.
Menyembelih aqiqah adalah sama dengan cara menyembelih binatang-binatang biasa tetapi hendaklah dengan niat aqiqah.
Daging aqiqah itu hendaklah dipotong-potong dengan tidak mematah atau memecahkan tulangnya. Adalah sunat jika daging itu dimasak dengan manisan (madu, misalnya) kemudian masakan itu dibahagi-bahagikan kepada fakir dan miskin.
Salam aby.
ReplyDeleteKak berpendapat lebih afdhal jika pada bulan Zulhijjah ini kita buat ibadah Qurban, sebab aqiqah tu boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja.
Jika kita ada duit lebih tak apalah jika nak buat dua-duanya sekali.
Kata salah seorang ustaz amat rugi jika kita tak buat Qurban kerana peluang hanya sekali sahaja dalam setahun. Bila terlepas tahun ni kena tunggu tahun depan.. itupun jika umur panjang. Bab perbelanjaan dia kata kenapa kita boleh simpan untuk perkara-perkara lain sedangkan untuk Qurban kita tak rancang.
salam tuan aby..info yg sgt informatif..trime kasih banyak2..kadang2 kita terlupe kenapa ibadat itu dianjurkan kerana terperangkap dengan budaya...
ReplyDeletesalam k werdah ...
ReplyDeletememang betul k werdah kate, jika dlm bulan zulhijjah sebaiknye buat qurban sbb qurban hanye bulam tu saje sedangkan aqiqah boleh di buat bile2 mase,
cume yg aby cadang adalah kpd sesape yg hendak menjimat kos utk berbuat aqiqah, jika kite buat ngikut lembu krban masjid, kite hanya belanja satu bahagian lembu tu sahaje berbanding dgn luar bulan zulhijjah, kos utk membuat kenduri tu agak tinggi,
apepun menarik kate2 k werdah bile kate kenapa perbelanjaan utk qurban tk boleh d rancang ...
salam sahrom,
ReplyDeletetu kot yg diname pertembungan ugama dan budaya ...
Salam aby,
ReplyDeleteHubby kakak baru dua hari lepas booking lembu Qurban untuk Aidil-Adha yang akan menjelang. Qurban tempat kakak dipanggil Qurban kelompok. Seorang dikenakan bayaran RM 375/- sebab ini anjuran surau tempat tinggal kakak.
p/s: Aqiqah anak-anak dah lama berlalu waktu mereka baru seminggu dilahirkan. Masa itu juga kakak masih dalam pantang lagi. Terkenang....
salam k zakie
ReplyDeletealhamdullillah, semoga qurban k zakie sekeluarga diterima allah swt .
kenderaan mewah dah menanti kt syurga tu ...