Monday, March 24, 2014

Bila Astro Oasis mula menyiarkan bacaan Yassin

salam rakan2 blog ..

selepas pengumuman PM mengenai nasib MH 370 ..
Astro Oasis dah mula siarkan bacaan surah Yassin ..
klu ikut masa rancangan, bacaan tu akan berterusan sampai pukul 6 pg esok ..
bagus juga membaca surah yassin didalam keadaan begini ..
Riwayat drpd Abu Darda dan Abu Zar berkata : Rasulullah saw bersabda :
"seseorang yg berada dalam keadaan nazak kemudian dibacakan disisnya Yassin melainkan Allah akan memudahkan baginya"

Hal ini kerana kandungan Yassin yg menceritakan mengenai binasanya dunia, janji hari kebangkitan dan kenikmatan syurga.
Jika dibaca selepas kematian, hendaklah bertujuan menghadiahkan pahala bacaan ..

wlupun hadith diatas tidak dicatat sebagai sahih,
namun al sayuti dan al jami' meletakan hadis diatas sebagai hasan
walau pun hadith tu dhoif ..
tetap boleh diguna utk beramal
hanya tidak boleh diguna utk berhujah ...

namun sebagai orang islam,
elok juga kita sedekahkan fathihah, doa dan istighfar kepada mangsa2 yg berugama Islam ..
moga dengan apa juga keadaan mangsa mudah dikesan pasukan SAR
dan moga pencarian kepada pesawat MH370 dipermudahkan Allah swt ..

nota ..
masih tk berani berkata arwah2 sbb belum ada kenyataan rasmi yg berada didalam kapal terbang semua terkorban ..
kenyataan sekadar, penerbangan MH370 berakhir dilautan Hindi ..

14 comments:

  1. Kembali kepada hakNya.
    Mengikut kehendakNya.
    Atas aturanNya.
    Semoga di anugerahkan ketabahan dan kesabaran kepada semua ahli keluarga MH370

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kamsiah ..
      sedap didengar ungkapan kamsiah tu ..
      yup .. moga di semua ahli keluargan mangsa dapat bersabar dalam melalui ujian yg telah ditetapkan ..

      Delete
  2. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang berlaku. Semoga operasi SAR dipermudahkan dan juga semoga mereka selamat kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam noe ..
      moga dengan besar harapan mereka dapat selamat kembali ..

      Delete
  3. Masih banyak misteri..... Allah Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aziela ..
      sampai sekarang masih misteri lg ..
      dimana MH370 .. masih belum diketahui ..

      Delete
  4. Walau apa pun yang terjadi
    Fatihah sentiasa di hati
    mengharapkan keajaiban kembali
    dari Nya Ilahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tata ..
      alfathihah utk dipermudahkan pencarian pesawat tu ..
      moga dapat dijumpai kelak ..

      Delete
  5. Sebab itulah aby hakikat sebenar pada kakak masih keliru. Masih mengharap moga ada miracle Allah atas kejadian ini..

    ps: Ingat kat Mekah kan bila mendayu-dayu bacaan al-quran dlm corong radio/tv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kz ..
      yup ..
      moga ada keajaiban dari Allah swt ,,
      selagi belum dijumpai, selagi tu masih ada harapan ..

      Delete
  6. Sampai skrg sy masih mengharap ada penumpang yg terselamat... naluri hati tak 100 % percaya pd kenyataan media bang... moga ada keajaiban dr Allah! amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam atie ..
      aby masih pegang kata2 PM ..
      tk terhempas atau ada korban ..
      hanya penerbangan akhirnya adalah di lautan hindi ..

      Delete
  7. Sepanjang hari asyik mengadap hiburan pun boring jugak. Bila sesekali diselangselikan dengan surah Alfatihah dan bacaan yaasin memang tenang rasa jiwa....damai sangat sangat, belum lagi kita sendiri yg membacanya....Subhanallah mukjizat Al-Quraan...

    ReplyDelete
  8. salam hainom ..
    mendengar bacaan quran pun pahala dah besar ..
    apatah lg klu kita membacanya ...
    tentu la berganda ganda pahalanya kan ..

    ReplyDelete