salam rakan2 blog ..
lama tak muncul dengan entri baru ..
agak menyepi juga, minta maaf klu agak kurang bertandang ke blog rakan2 semua.
entri menerima kunjungan merisik anak kedua, yg selalu aby panggil Sheila ..
satu majlis ringkas, atas permintaan Sheila yg tak mahu majlis yg besar ..
sekadar di hadiri oleh keluarga, saudara dekat.
majlis ini adalah lanjutan kepada kunjungan keluarga teman sheila pada Hari Raya Adilfitri lepas.
bila didatangi oleh keluarga lelaki utk berkenal kenalan antara kedua dua orang tua.
pastinya aby gunakan kesempatan tu untuk bertanyakan keperluan membuat satu ikatan utk kedua dua anak kami tu .. agak terkejut juga mereka dengan pertanyaan aby tu sbb mereka datang sekadar untuk berkenalan dan tidak ada persediaan dalam menjawab persoalan aby ..
alhamdulillah, mereka juga faham kehendak aby,
sheila pun dah bercouple dengan anak mereka agak lama juga ..
memang molek la klu selepas ni keluar bersama dah ada ikatan mukadimah ..
hari yang ditetapkan 10 september, 2 hari sebelum Hari Raya Haji ..
datang la rombongan keluaga lelaki berkunjng ke kediaman aby.
tak ramai rombongan mereka , sekadar 5 buah kereta.
memang itu la yg dijanjikan jumlah orang yg akan datang.
duduk bersila lebih mudah untuk berbicara.
sebagai first timer buat majlis menerima rombongan merisik pasti la banyak kekoknya ..
yang penting, apa yang di inginkan sepakat tercapai .
cincin gelang rotan sebagai tanda mengikat anak aby ni ..
gambar bawah kakak kepada teman sheila ..
semua gambar2 yg farish ambil. aby pesan kt dia suruh ambil gambar sbb aby tidak akan ada masa utk ambil gambar disebabkan akan berbual dan berbincang dengan rombongan berkenaan majlis merisik ini.
sempat farish ambil gambar sheila yg duduk disebalik dinding tu
yg menyarungkan cincin ni adalah ibu angkat teman sheila ..
ibu yang menjaga bakal menantu sejak dari kecil lagi.
yang di pula ibu kandung bakal menantu dan bakal besan ..
bersalaman juga dengan adik beradik keluarga lelaki tu ..
hantaran ringkas yg d terima untuk majlis tersebut
menjamu selera, hidangan yang ala kadar .
hi Jee ni .. SPM tahun ni ,,
dia pun sibuk hari tu ..
sebelum bersurai, keluarga lelaki ajak bergambar dengan sheila ..
yg disebelah sheila tu la jejaka idamannya
lama nk menulis entri ni tp tak berkesempatan ..
akhirnya dapat juga disiapkan ..
selalu tengok dan baca majlis orang.
akhirnya dapat juga menulis untuk majlis sendiri ..
Salam Isnin abg Aby...wahh! alhamdulillah majlis berjalan lancar.. tak lama lagi abg terima menantu lah ya.. moga dipermudahkan hingga ke hari perkhawinan Shiela.... :)
ReplyDeletewkum salam atie ..
Deleteminta doa atie juga moga dipertemukan dengan hari perkahwinan tu ..
InsyaAllah kami semua mendoakan..
Deletesinggah petang2 ni...ngantuk kt opis...hihi
aameen atie ..
Deletetq kerana sudi singgah
melawat kawasan Parlimen.. hehe.. Lahad Datu hujan sokmo :)
Deletejgn lupa bawak BRIM klu dtg melawat atie.
Deletehihi
salam aby...tahniah...seronok tak nak dapat menantu??? hehehe..nanti jgn lupa jemput kenduri kahwin :)
ReplyDeletew,kum salam noe ..
Deleteinsyaallah bile sampai masa boleh jer jemput datang ke majlis kami nanti
Alhamdulillah... majlis ikatan sudah terpetri tinggal menanti majlis utk disatukan sebagai pasangan yg sah. Masa ni pasti sebulan merancang tak cukup aby.
ReplyDeleteApa-apa pun tahniah dari kakak.
salam kz .
Deletetq atas ucapan .. kata2 kak terlalu indah .
tk terjangkau aby buat ayat mcm tu ..
yup, sekarang masa utk rancang hari yg akan disatukan tu
Tahniah Aby....
ReplyDeleteBila anak dara dah disunting ni, nampaknya tak lama lagi mantulah yor riko hihi.....
Biasalah namanya mak bapak, ebih lebih lagi anak pompuan ye Aby. Sekurang kurangnya bila dah ada ikatan, kuranglah risau tu.
Nasiblah Farish boleh diharap, kalau tidak, blog mmg tak berserilah sebab tak de gambo....
salam nom ..
Deletebtul tu, klu ada ikatan kita tau yg mereka tu serious ..
yor harap2 iso terimo menantu lah ..
farish memang camera man.
Deleteangger program wrestling memang okeh nde'a snap gambar2
enggo camera gedi
alhamdulillah..tahniah bakal terima orang baru..
ReplyDeletesalam husna ..
Deletetq ziarah blog aby ..
tq juga atas ucapan tu ..
tahniah bang.. nak dpt menantu dh,.. :)
ReplyDeletesalam E'in ..
Deletetq ziarah blog aby
moga2 sampai ke jinjang pelamin mereka tu ,,
Assalamualaikun aby...
ReplyDeletelama betul xberkunjung ke blog aby...
tahniah diatas pertunangan anak aby, semoga kekal hingga ke jannah, Aaminn...