Monday, January 24, 2011

Kalau lah cikgu tau yg ayahnya juge prihatin...

Diam tk diam, bulan januari 2011 pun nak abis,
meaning budak2 dan masuk minggu ke 4 bersekolah.

sekadar bercerita semasa minggu pertama sekolah.
mase tu hari khamis dan aby pun berada di luar kawasan.
anak aby yg thn 6 ni call,
dia kata esok dia tk hendak perrgi sekolah,
alasannye, dia blm ade buku latihan sains yg cikgu kehendaki.
klu tk ade pasti kene pukul dengan cikgu tu,
katanya cikgu tu garang..

menangis nangis dia minta kebenaran aby utk tidak hadir esoknya..
tp aby tetap suruh dia pergi sekolah juga,
dan aby kata klu cikgu tu pukul nanti aby akan jumpa cikgu tu sbb sekolah baru bukak dan pasti ada beberapa buku yg belum di beli lg.

alhamdullillah anak aby pegi juga esoknya.
ptg tu aby call dan bertanyakan ada tak dia kene pukul.
dia kate kene.
kene pukul kt kepala dengan buku tebal.
aby tanya balik, adakah perlu utk aby jumpe cikgu tu,
jwb anak aby tk payah sbb bukan dia seorg yg kena ketuk kepala tp ramai yg kena ..

sekadar teringat pd thn lepas,
adik dia yg dalam thn 2 wktu tu,
tiap hari selasa mesti malas nak datang sekolah,
kata nye cik gu bahasa arab garang,,
satu hari tu memang dia tk nak pergi sekolah pada hari selasa tu,
paksa dia pergi, sampai depan sekolah dia tk mahu masuk.
utk memujuk nya aby kate nanti aby datang jumpa cikgu bahasa arab tu,
dan pujuk dia masuk sekolah ..

rupanye utk tempoh yg lama juge anak aby ni bila klas bahasa arab ni dia akan keluar dari bilek darjah.

masa aby datang sekolah,
anak aby ni duduk kt tangga jer tk masuk klas pun.
aby terus jumpa guru bahasa arab ni.
dan tanya dia,
apa masaalah dia dengan anak aby ni.

katanya anak aby ni nakal.
suka buat bising dan suka ganggu budak lain ketika dia mengajar.
dan aby pun kata, cikgu lebih rela tengok anak saya duduk kt luar tiap kali cikgu mengajar. jwb nya, dia kena fikirkan anak murid lain yg hendak belajar.
klu anak aby tk nak belajar biar dia duduk kt luar ..

agak panas juga aby dengar kata2 cikgu tu..

terus saya kata,
puan seorg guru, anak saye baru thn 2,
mesti puan ada teknik atau method of work utk menangani masaalah2 murid mcm ni.
klu cikgu teruskan dengan cara dan saye birkan keadaan tiap2 hari selasa dia tk akan datang sekolah, hanya kerana takutkan cikgu. tk kan cikgu nak biarkan keadaan begitu ,, apetah lg budak ni dgn astma nye yg beberapa kali kene pergi hospital dan cikgu tambahkan tekanan kt dia lg ..

di pendekan cerita ..
akhirnye settle antara cikgu dan anak aby ..
dan lps tu anak aby dah tk fobia utk datang sekolah pd hari selasa ..
dan belajar bahasa arab di klas cikgu tu

sekadar becerita,
dlm dua kisah ni,
cikgu2 tu ambik mudah nak menghukum,
depa tk tahu mcm mana ayahnya bakan saja memujuk malah memaksa anak2 utk datang sekolah semata mata nak jaga kedatangan ..
tp bile ade perkara berbangkit senang nak menghukum.

sbb tu aby praktik kan sedari anak aby yg sulung,
kerap datang kesekolah
utk bertanya kan perkembangan anak semasa besekolah ..

12 comments:

  1. assalamualaikum tn aby..

    semoga tn aby dan keluarga senantiasa dirahmati Allah SWT..

    begitulah dalam kehidupan ini..jangkaan seseorang terhadap sesuatu berbeza..cikgu dan mak bapak menjangka sesuatu yang berbeza kepada murid dan anaknya..

    walau apepun, semoga kita menjumpai titik persamaan itu...

    ReplyDelete
  2. tiap2 anak ada ragamnya tersendiri,kan...
    biasalah anak2 saya jugak ada cikgu2 yg tak disukainya...
    dia kata ada yg gatal..
    ada yg garang..

    tp takkde lg yg terpaksa pujuk supaya kesekolah..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,

    kita semua ada masalah dan setiap masalah memang ada jalan penyelesaiannya. Masalah dah settle...alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Salam Aby,

    Rasanya cara yang aby buat tu betul. Sentiasa bertanya khabar anak kita di sekolahnya. Baiki mana yang kurang sedap supaya dua-dua pihak tidak menyalahkan antara satu dengan lain.

    ReplyDelete
  5. W'salam sahrom,
    alhamdullillah sihat,
    cuma kebelakangan ni tugasan agak banyak,
    pastu modem kena kencing kucing ...
    tk leh nak guna,
    tu yg agak lama juge menyepi,

    betul tu psl titik persamaan ..
    yg masaalah blh terungkai

    ReplyDelete
  6. salam AH,
    sebagai bekas AJK PIBG,
    aby faham juge masaalah2 guru ..
    tu yg cube selesaikan bila anak2 takut nak kesekolah

    ReplyDelete
  7. salam kamsiah ..
    yup, tiap anak ada ragam nya sendiri ..
    wah .. ada cikgu yg gatal juga yer..

    ReplyDelete
  8. salam k hanim,

    memang perlu kita tanya khabar dari mase kesemasa.
    apatah bila anak2 dah masuk sek menengah ..
    pastikan kedatangan tu betul

    bukan apa takut2 depa pandai ponteng ...

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum aby

    Kadang-kadang kita tak dapat mengagak ada cikgu seperti itu.. ambil jalan yang mudah.. gamaknya dia buar begitu.. tak terfikirkah dia bahawa itu menunjukkan kegagalannya mendidik.

    ReplyDelete
  10. Salam aby,

    Hubungan antara penjaga dan guru memang penting. Tambahan bila ada masalah seperti ini. Kakak ada kisah seorg guru anak kakak yg boleh dijadikan contoh. Anak kakak memang duduk kelas pertama. Tapi selalu mendapat B dlm BM. Cikgu ini kata pada anak kakak, kalau kamu tidak pandai kamu tak duduk kelas pertama. Saban hari sebelum menjelang UPSR sanggup dia duduk dgn anak kakak sejam hanya kerana tak mahu anak kakak gagal mendapat 5A. Ternyata kerja-kerasnya menjadi. Sampai sekarang kakak kenang cikgu ini. Ramai juga penjaga yg tahu tentang kekuatan dan keprihatinan cikgu ini terhadap murid-muridnya.

    Sorry terpanjang cerita. Sekadar perkongisian...

    ReplyDelete
  11. salam k werdah,
    bak selalu di kata,
    mengajar dan mendidik adalah 2 perkara yg berbeza,
    klu gune pendekatan mendidik,
    pasti akan lebih menyayangi murid2 dan anak murid akan selesa dalam klas nya

    ReplyDelete
  12. salam k zakie,
    baik guru anak k zakie tu..

    kedua dua anak aby tu pun kt kelas pertama,

    anak aby yg tahun 6 tu pun UPSR juga thn ni.
    beberape hari lps dia ada bg tau,
    nak masuk kelas ke 2, sbb kt klas dia sekarang crpat sangat cik gu mengajar, takut dia tk terikut. cume semangat jer la yg aby tolong di samping tuisyen. kan bagus klu ade cikgu mcm yg ajar anak k zakie tu ...

    ReplyDelete